Profil Syarikat

Ditubuhkan pada 6 Oktober 2013, Millenium Glotech Resources yang  berdaftar sebagai kontraktor kelas G2 telah melebarkan sayapnya dalam bidang perumahan dan pembinaan di Malaysia.

Pada 10 Mei 2019 syarikat Millenium Glotech Resources (M) Sdn Bhd telah didaftarkan sebagai sebuah syarikat Kontraktor Binaan dan Perumahan Bumiputera di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan telah berdaftar dengan Construction Industry Development Board (CIDB).

Dengan keazaman dan kecekalan yang tinggi, 9 tahun syarikat mengorak langkah dalam merealisasikan impian dan harapan pelanggan dalam memiliki rumah idaman mereka. Syarikat kini mampu bersaing setara dengan syarikat pembinaan yang lain dalam memberikan yang terbaik kepada pelanggan dengan kemahiran dan kepakaran yang dimiliki oleh syarikat kini.

0
Tenaga Kerja
0
Projek
0
Rekabentuk
0
Pelanggan

Kenali Kami

9 tahun pengalaman dalam pembinaan rumah

"Takut berjaya
adalah suatu perasaan yang kita cipta dan kita programkan dalam minda kerana kita rasakan kejayaan itu akan membawa kesan buruk pada diri kita."

Mohd Zulfahmie Mohd Zaki
Pengarah Urusan

Misi

Menjadi syarikat kontraktor yang dipercayai sebagai peneraju utama bagi pembangunan dan perkhidmatan serta melahirkan pekerja-pekerja mahir dalam mencapai kecemerlangan budaya kerja yang unggul. Memperkukuhkan kedudukan kewangan ke arah entiti perniagaan yang berdikari dan memastikan syarikat tersenarai dalam bursa saham di Malaysia.

Visi

Menjadi sebuah syarikat pembinaan, pembekalan dan perkhidmatan yang berjaya dan terkenal yang dapat memberikan kualiti perkhidmatan terbaik dalam pengubahsuaian dan pembinaan yang tiada tandingan. Mampu bergerak maju ke hadapan seiring perkembangan teknologi semasa dan mengekalkan keharmonian alam sekitar serta prihatin dalam menjalankan tanggungjawab sosial.

Matlamat

​Menjadi sebuah syarikat kontraktor binaan yang berpengalaman melalui pengunaan tenaga-tenaga mahir supaya kerja-kerja yang dijalankan menepati spesifikasi yang ditetapkan bagi mendapatkan reka bentuk kediaman yang moden dan eksklusif.

Dapat menerima anugerah dan pencapaian yang terbaik antara kontraktor di Malaysia salah satunya anugerah ISO9001.