Syarat untuk membeli rumah atau tanah di Kelantan.

Pembeli mestilah ANAK KELANTAN dan takrif Anak Kelantan mengikut Enakmen Tanah Kelantan 1938 sebagaimana berikut :-

1. Seseorang yang dilahirkan di Kelantan dan bapanya berbangsa Melayu.
2. Seseorang yang dilahirkan di Kelantan, ibunya berbangsa Melayu dan bapanya beragama Islam.
3. Seseorang yang lahir di mana saja dan bapanya berbangsa Melayu yang lahir di Kelantan.
4. Seseorang yang lahir di mana saja berketurunan Melayu dan tinggal di Kelantan selama 15 tahun berterusan.
5. Seseorang yang lahir di Kelantan dan bapanya lahir di Kelantan.

Bagi seseorang yang Bukan Anak Kelantan mesti mendapat kebenaran daripada Pihak Berkuasa Negeri di bawah Seksyen 104 Enakmen Tanah Kelantan.

SOALAN:
Saya seorang Melayu dilahirkan di negeri Perak, ingin membeli tanah dalam negeri Kelantan kerana saya telah lama bertugas di sini dan isteri saya pula lahir di Kelantan. Bolehkah saya membeli mana-mana tanah dalam jajahan di negeri Kelantan?

JAWAPAN:
Boleh. Tetapi perlu mendapat kebenaran Pihak Berkuasa Negeri terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, jika saudara telah menetap di Kelantan lebih dari 15 tahun, saudara boleh membuat pembelian secara terus secara biasa dengan menyempurnakan Borang 14A KTN 1965 sekiranya hakmilik tanah berkenaan tidak mempunyai sekatan kepentingan (seperti tidak boleh dipindahmilik). Jika hakmilik tanah berkenaan mempunyai sekatan kepentingan, saudara perlu juga mendapat kebenaran PBN terlebih dahulu.

Sumber: http://ptg.kelantan.gov.my

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Anda perlukan bimbingan daripada kami?

Dapatkan konsultasi percuma & sebut harga di MGR