Struktur Binaan

Kerja-kerja Awal (Ground Beam)

Struktur Binaan

Tiang

Struktur Binaan

Lantai

FIRST SLAB FLOOR

Lapisan Asas

Terdiri daripada batu kelikir, bata-bata pecah yang dimampatkan. Lapisan asas ini berfungsi mengurangkan kenaikan air yang akan melembapkan lapisan tapak konkrit di samping menaikkan aras lantai untuk menerima tapak konkrit. Tebal lapisan asas berubah daripada 100 mm hingga 300 mm. Bahan-bahan yang digunakan sebaik-baiknya bersih daripada sampah sarap dan tidak mengandungi tanah supaya kenaikan air melalui tindakan rerambut dapat dicegah.

FIRST SLAB FLOOR

Lapisan Pasir

Lapisan pasir ditaburkan di atas lapisan asas supaya mendapatkan permukaan yang rata dan mampat untuk menerima lapisan konkrit.

FIRST SLAB FLOOR

Lapisan Kalis Lembap

Lapisan ini berfungsi mencegah kenaikan air ke atas permukaan lantai. Biasanya lapisan ini disertakan dalam lapisan tapak konkrit. Lapisan tapak konkrit setebal 75mm sebagai lapisan pertama. Setelah lapisan ini betul-betul kering, minyak bitumen atau tar yang telah dimasak dicurahkan ke atasnya sebagai lapisan kalis lembap. Tunggu sampai lapisan bitumen ini mengeras, barulah dicurahkan lapisan konkrit kedua setebal 75 mm.

FIRST SLAB FLOOR

Lapisan konkrit

Tapak konkrit terdiri daripada bancuhan konkrit 1:3:6 atau 1:2:4 ditempatkan di atas lapisan pasir. Lapisan konkrit ini merupakan dasar lantai bawah padu untuk menerima    sebarang kemasan yang akan dibuat pada permukaannya. Tebal konkrit ini biasanya dari 100 mm hingga 150 mm bergantung kepada jenis tanah dan beban yang akan ditanggung. Tetulang daripada besi jejaring atau bar keluli boleh digabungkan dalam pembinaan lantai konkrit ini jika keadaan memerlukannya.

jenis-jenis bumbung

bumbung seramik

Jubin seramik adalah bahan semula jadi, tahan lama berdasarkan tanah liat. Oleh kerana keunikan pengeluaran, jubin itu tahan kepada kelembapan, fros, dan sinar UV. Ia menyediakan haba yang boleh dipercayai dan penebat bunyi. Komposisi bahan yang dihasilkan di Itali, Jerman, Austria dibezakan oleh penunjuk teknikal yang lebih baik, tetapi kos yang lebih tinggi

jenis-jenis bumbung

bumbung tanah liat

Jenis material ini sudah sangat umum di kalangan masyarakat. Dibuat dengan cara dipadatkan, dibentuk, lalu dibakar, atap jenis ini sangat kuat terhadap angin ataupun ketika hujan lebat. Walaupun ukuran dan variasinya tidak banyak, tapi harga bumbung tanah liat ini lebih murah berbanding dengan ataap yang lain. Selain itu, bumbung jenis ini, tidak mudah luntur warnanya, susah terbakar, dan tidak akan dirosakkan serangga.

jenis-jenis bumbung

bumbung asbestos

Asbestos memiliki sifat yang ringan dan tahan lama. Harganya murah dan dapat membuat rumah sejuk kerana jenis ini tidak menyerap panas. Asbestos mudah retak dan apabila terinjak harus menggantinya dengan yang baru. Selain itu, serat asbestos mudah lepas dan beterbangan sehingga dapat membahayakan kesihatan

jenis-jenis bumbung

bumbung metal

Metal roof dibuat daripada kepingan besi dicetak kepada pelbagai pattern (atap zink adalah salah satu daripada metal roof). Banyak digunakan di bangunan komersil seperti kilang.

× Whatsapp MGR