Soalan Lazim

Soalan-Soalan Lazim

1) Apakah dokumen yang perlu saya sediakan sekiranya saya berminat untuk menggunakan khidmat MGR (M) Sdn Bhd?

  • Salinanan geran tanah lengkap
  • Salinan kad pengenalan
  • Alamat surat menyurat

2) Perlukah saya mempunyai tanah sendiri untuk membina rumah?

Adalah lebih baik sekiranya anda mempunyai tanah sendiri untuk membina rumah kerana proses akan menjadi lebih mudah.

3) Tanah bagaimanakah yang sesuai di beli untuk dimajukan?

Ada beberapa kriteria yang perlu di lihat dan di pastikan sebelum anda memilih tanah untuk di beli dan seterusnya di majukan. Anda perlu memastikan tanah tersebut memenuhi beberapa kriteria. Antaranya tanah tersebut mempunyai geran individu, bukan tanah pusaka yang masih tidak selesai (proses menjadi rumit dan panjang), tiada kaveat dan tiada sekatan-sekatan kepentingan yang boleh menghalang tanah tersebut dipindahmilik.

4) Lot tanah saya terdiri daripada pasir pantai dan tanah gambut. Bolehkah saya membina rumah di atas tanah tersebut?

Bagi tanah yang terdiri daripada pasir pantai atau tanah gambut, kajian lanjut kesesuaian pembinaan rumah atau teknik pembinaan yang sesuai perlu dilakukan dengan membuat Kajian Tanah (Soil Investigation) yang akan diuruskan oleh pakar geologi. Kos untuk kajian ini perlu ditanggung oleh pelanggan. Sekiranya kajian mendapati perlunya penggunaan kaedah lain dalam pembinaan rumah, contohnya penggunaan tiang cerucuk (piling), kos tambahan akibat penggunaan kaedah ini perlu ditanggung oleh pelanggan.

5) Sekiranya syarat kegunaan tanah pada geran saya dikategorikan sebagai jenis pertanian, adakah permohonan saya untuk melakukan pembinaan rumah ke atasnya di benarkan oleh Pihak Perbandaran Tempatan (PBT)?

Ada PBT yang membenarkan pembinaan rumah di atas tanah berstatus pertanian dan ada juga PBT yang tidak membenarkan pembinaan di atas tanah berstatus pertanian kecuali selepas ditukar status kepada status Bangunan. Bagi PBT yang membenarkan, syarat asas kebenaran bagi tanah lot berstatus pertanian adalah pembinaan untuk sebuah bangunan sahaja dibenarkan di atas tanah lot berkenaan.