Rumah Anda Menjadi Lebih Sejuk Dan Nyaman Dengan 7 Tips Ini!

Ramai yang telah mencuba pelbagai cara untuk mengurangkan rasa bahang dan menyingkirkan haba panas di dalam ruang kediaman. Keadaan ini sebenarnya adalah kesan dari perubahan iklim semasa. Namun, sebagai pemilik kediaman ataupun bangunan, kita sebenarnya boleh mengambil langkah-langkah awal bagi mengelakkan berlakunya pengumpulan haba panas ini. Antara tips yang kami TEAM MGR kenalpasti untuk menjadikan kediaman atau pejabat anda lebih nyaman dan selesa adalah seperti

Sumber: https://www.greenbuildingadvisor.com/

1. Orientasi kedudukan rumah atau bangunan

Sebelum kerja-kerja pembinaan dilakukan, penting untuk kita mengenalpasti arah kedudukan matahari. Untuk ruang seperti bilik tidur, kita boleh meletakkan ruang ini di bahagian matahari terbit supaya kita dapat menerima manfaat cahaya matahari di waktu pagi. Elakkan ruang ini mengadap arah matahari tegak memancar supaya ruang ini tidak menerima pancaran haba berpanjangan.

2. Saiz dan bukaan tingkap

Sumber: https://greenyflat.com.au/

Pemilihan tingkap juga penting untuk mengurangkan bahang dan rasa panas. Saiz tingkap yang besar mampu membenarkan aliran udara dan angin memasuki rumah dengan lebih banyak dan bebas. Selain itu,  ia juga membantu menyingkirkan haba dengan lebih cepat.

Tingkap dengan bukaan yang besar boleh meningkatkan pengudaraan yang baik dan memberikan kenyamanan dalam ruang kediaman. Anda harus mengambil kira saiz tingkap dan bilangan bukaan bagi sesuatu ruang sekiranya ingin membina kediaman sendiri nanti.

3. Penggunaan bata

Terdapat 2 jenis bata yang sering digunakan dalam bidang pembinaan. Bata merah dan juga bata pasir. Bata merah juga dikenali sebagai bata tanah liat. Bahan utama dalam pembuatan bata merah ialah tanah liat. Manakala bata pasir diperbuat daripada campuran pasir, simen dan air. Walaupun terdapat perbezaan harga dari segi penggunaan kedua-dua bata iaitu kos bata merah biasanya lebih tinggi dari bata pasir, namun bata merah dapat memberi efek yang lebih sejuk kerana kandungan tanah liat yang tinggi boleh menjadi penebat haba yang baik.

4. Pemilihan warna cat yang cerah

Pemilihan warna cat juga berperanan dalam memberi efek sejuk dan nyaman. Warna yang cerah dapat memantulkan haba dan mengelakkan ruang dalam rumah dari menjadi panas akibat udara yang terperangkap. Elakkan memilih warna-warna yang terlalu gelap seperti hitam dan biru gelap untuk bahagian luar rumah kerana warna-warna ini dapat menyerap haba seterusnya boleh menyebabkan rumah anda menjadi bahang.

5. Rekaan bumbung

Sumber: https://www.libur.com.my/rumah-tradisional-melayu-diiktiraf-dunia-orang-melayu-dulu-genius-2/

Rekaan bumbung sangat penting dalam sesuatu binaan rumah. Pemilihan bumbung yang tepat harus dititikberatkan di peringkat awal proses bina rumah. Ini kerana kos ubahsuai bahagian bumbung agak tinggi jika dibandingkan dengan kos-kos ubahsuai di bahagian lain. Bumbung yang tidak baik akan beri kesan kepada hujan dan haba pada rumah kita. Bumbung beratap curam paling baik kerana ianya membantu pengaliran air keluar dengan cepat dari atas bumbung agar tak jadi beban. Semakin tinggi bumbung rumah kita, semakin baik dan sejuk kediaman. Senibina rumah lama Melayu adalah antara senibina yang diiktiraf terbaik di dunia.

Selain itu, ruang dalaman rumah juga boleh menjadi lebih sejuk dan nyaman dengan adanya tanam-tanaman hijau di sekelililing rumah. Antara pokok yang sesuai ditanam ialah pokok aloevera, pokok Arecapalm, pokok ular, pokok Boston fern dan pokok Ficus. Pokok-pokok ini mengandungi sifat kelembapan dan pembersih semulajadi. Selain memberikan rasa sejuk dan efek nyaman pada sekeliling rumah, pokok-pokok ini boleh dijadikan tumbuhan hiasan bagi menaikkan seri rumah anda.

7. Kolam tambahan

Menambah kolam tiruan pada ruang rumah juga boleh membantu meningkatkan efek sejuk dan nyaman pada kediaman anda. Sama ada kolam tersebut dibina di dalam atau di luar rumah, kedua-duanya dapat membantu mengurangkan rasa bahang dan panas akibat udara yang terperangkap. Selain dapat membantu menyejukkan kediaman, dengan adanya kolam tambahan juga dapat mencantikkan landskap rumah anda.

Semoga tips-tips yang dikongsikan kami dapat membantu anda mendapatkan rumah yang lebih sejuk dan selesa.

TAG:
Rumah, Sejuk
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Anda perlukan bimbingan daripada kami?

Dapatkan konsultasi percuma & sebut harga di MGR