Pembiayaan

Bantuan Pembiayaan

SIAPA YANG LAYAK BUAT PINJAMAN LPPSA

Pemohon hendaklah mematuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Lembaga seperti berikut:

A. SYARAT KELAYAKAN

Kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam di bawah Lembaga diberikan kepada orang yang layak berdasarkan syarat-syarat kelayakan berikut:

1. Anggota Perkhidmatan Awam/ Pasukan Polis/ Angkatan Tentera

2. Anggota Pentadbiran Persekutuan iaitu Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik.

3. Anggota Pentadbiran Negeri iaitu Menteri Besar, Ketua Menteri, Timbalan MenteriBesar, Timbalan Ketua Menteri dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

4. Hakim Mahkamah Persekutuan/ Rayuan/ Tinggi tertakluk kepada Akta Saraan Hakim 1971 (Akta 45).

5. Anggota Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

6. Yang Dipertua Dewan Rakyat.

7. Anggota Dewan Undangan Negeri; dan

8. Pekerja badan berkanun atau pihak berkuasa tempatan.

Orang yang layak, yang berhak memohon kemudahan pembiayaan perumahan daripada Kerajaan Negeri, badan berkanun atau pihak berkuasa tempatan yang mempunyai skim pembiayaan perumahannya sendiri tidak layak mendapat kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam.

Pemohon layak untuk menikmati dua kali pembiayaan sama ada memilih SPPSA atau SPPSAi bagi pembiayaan pertama dan pembiayaan kedua tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Permohonan pembiayaan kedua dibenarkan dengan syarat pembiayaan pertama diselesaikan terlebih dahulu.

Pemohon yang telah mendapat kemudahan pembiayaan perumahan daripada Kerajaan Negeri, Badan-Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hanya layak mendapat kemudahan pembiayaan kedua di bawah skim ini tertakluk kepada syarat-syarat pembiayaan kedua.

Lembaga membenarkan permohonan pembiayaan bersama untuk membeli satu hartanah yang sama tertakluk kepada syarat-syarat pembiayaan semasa di antara:

i. suami dan isteri; atau
ii. bapa/ ibu dan anak/ anak-anak

B. SYARAT PEMOHON

Pemohon mestilah:

1. Warganegara Malaysia.

2. Orang yang layak yang dinyatakan di perkara A1 dan A8 mestilah:

a. Pegawai tetap yang sedang berkhidmat; dan
b. Telah berkhidmat sekurang-kurangnya satu (1) tahun dan telah disahkan dalam jawatan.

3. Orang yang layak yang dinyatakan di perkara  A2, A3, A4, A5, A6, dan A7 mestilah pegawai dalam tempoh lantikan dan sedang berkhidmat.

4. Bukan seorang bankrap atau siberhutang hukuman atau seorang yang tidak berkemampuan kewangan atau sedang diambil tindakan tatatertib bagi tujuan buang kerja.

Siapa Yang Layak Buat Pinjaman Bank?

1. Pekerja swasta
2. Berkerja sendiri/ berniaga

Margin Kewangan

Di Malaysia, pinjaman loan bank hanya menawarkan margin kewangan sehingga 90%. Lebihan 10% pemohon perlu menyediakan duit sendiri.

Tempoh Pinjaman

Biasanya tempoh pinjaman untuk loan bank adalah 35 tahun (maksimum) sehingga pemohon berumur 75 tahun.

Langkah-Langkah Untuk Apply Loan Bank

1. Semak kelayakan anda samaada layak atau tidak
2. Semak berapakah yang anda layak pinjam
3. Buat perbandingan antara beberapa bank untuk melihat kadar faedah. Kerana kadar faedah berbeza mengikut bank dan ianya juga bergantung pada jumlah pinjaman yang ingin dibuat.
4. Anda perlu pastikan jumlah sebenar pinjaman yang anda ingin mohon

Komitmen Yang Biasa Diambil Kira

1. Hutang Kereta
2. Hutang Kad Kredit
3. Hutang Personal Loan

Pendapatan Yang Diambil Kira

1. Gaji dan elaun tetap (dinyatakan dalam slip gaji).
2. Bonus tahunan – dikira berdasarkan bonus setahun di bahagikan 12 bulan.
3. Komisyen lain seperti komisyen takaful. Pendapatan komisyen ini perlu diishtiharkan kepada LHDN & dibayar cukai.
4. Pendapatan dari penyewa (dibuktikan dengan kontrak yang sama)
Mudah cerita, pinjaman akan dikira berdasarkan gaji anda. Jika ada pendapatan berlebihan nanti banker akan kirakan DSR.

DSR : DSR merupakan jumlah komitmen (instalment bulanan rumah + instalment bulanan kereta + 5% hutang kad kredit + instalment personal loan / gaji bulanan x 100

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Submit Loan Bank (Pekerja Swasta/Berkerja Sendiri)

1. Salinan kad pengenalan
2. Salinan slip gaji 3 bulan, penyata cukai (jika ada)
3. Dokumen sokongan (jika ada)
4. Pastikan tanah atas nama anda jika anda yang akan buat loan
5. Perlu pastikan status tanah adalah berstatus bangunan, bukan pertanian
6. Sediakan profile syarikat kontaraktor yang ingin dilantik
7. Sediakan pelan rumah & sebut harga dari kontraktor
8. Sediakan salinan lesen CIDB kontraktor yang dilantik
9. Salinan penyata bank kontraktor
10. Salinan kwsp
11. Salian pengesahan jawatan
12. Perjanjian dengan kontraktor
13. Dokumen pendaftran syarikat (SSM) (ika berkerja sendiri)
14. Penyata bank untuk 3 bulan terakhir (jika berkerja sendiri)

Garis Panduan Untuk Peminjam

1. Carilah Islamik loan kerana ianya sudah diakad & pembayarannya tetap
2. BLR- BLR atau disebut Base Lending Rate bermaksud kadar pinjaman asas. BLR sudah ditetapkan sama oleh semua bank di Malaysia tapi mempunyai kadar faedah yang berlainan. Jadi sebelum anda membuat pinjaman, buatlah perbandingan terlebih dahulu bank mana yang mengenakan kadar faedah yang rendah. BLR ini boleh berubah mengikut keadaan ekonomi Negara.

PANDUAN MENGELUARKAN DUIT KWSP UNTUK MEMBINA RUMAH SENDIRI

  • Pastikan anda bercita-cita untuk membina rumah sendiri
    benar yakin untuk membina rumah sendiri, barulah anda boleh memohon untuk mengeluarkan duit KWSP. Anda mestilah merancang untuk menduduki rumah itu, bukan merancang untuk membina dan kemudian menjual balik rumah.
  • Ada tanah untuk pembinaan
    Tanah tersebut hendaklah berstatus tanah perumahan, bukan tanah pertanian. Tanah felda atau tanah milik agensi kerajaan lain yang diiktiraf juga dibenarkan, dengan syarat mendapat pengesahan daripada agensi tersebut untuk menentukan status pemilikan tanah
  • Ada pelan rumah
    Pelan rumah yang ada boleh digunakan untuk membuat pinjaman bank untuk topup duit yang tidak cukup. Selain itu, pelan rumah juga boleh digunakan untuk mendapatkan kelulusan dari pihak berkuasa tempatan (Sekiranya lokasi tanah anda berada dalam majlis perbandaran)
  • Dapatkan sebut harga dan Surat Perjanjian Bina Rumah dari kontraktor anda.
    Kontraktor anda akan membantu menyediakan sebut harga dan surat perjanjian supaya anda boleh berikan kepada KWSP untuk rujukan.

Bila dah sedia dengan semua perkara ini, baru anda boleh teruskan permintaan. Sebelum itu, sila kenal pasti anda berada dalam kategori mana:

  1. Ingin menggunakan duit sendiri dan KWSP sahaja
  2. Ingin menggunakan pinjaman BANK dan duit KWSP

Untuk kategori pertama, anda boleh mengeluarkan sehingga 100% dari kos bina rumah, atau semua duit dalam akaun 2 anda, mengikut yang lebih rendah.

Untuk kategori kedua, jumlah yang boleh dikeluarkan adalah perbezaan antara jumlah kos dan jumlah pinjaman, atau kesemua duit dalam Akaun 2, yang mana lebih rendah.

Bagi pemohon kategori pertama, anda perlulah menyumbang terlebih dahulu dalam 20% dari keseluruhan kos pembinaan. Untuk membuktikan anda telah menyumbang 20% dari keseluruhan projek, anda boleh gunakan dokumen seperti:

i. Resit bayaran binaan, ATAU
ii. Bil pembelian bahan binaan; ATAU
iii. Surat pengesahan bayaran daripada kontraktor
Bagi pemohon

kategori kedua, anda perlu menyediakan:
1. Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan (bagi pinjaman kurang dari satu tahun)
2. Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan DAN bukti cagaran pada pemberi pinjam (sekiranya pinjaman sudah melebihi satu tahun

Siapa Yang Boleh Memohon / layak

  1. Warganegara Malaysia & Bukan Warganegara
  2. Umur bawah 55
  3. Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2
  4. Surat Perjanjian Membina Rumah tidak melebihi tiga (3) tahun dari tarikh permohonan diterima
  5. Tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan/ Telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjualnya/melupuskan pemilikan.
  6. Ahli/pasangan ahli membeli tanah/membina sebuah rumah di atas tanah tersebut.
  7. Pinjaman yang diluluskan dari pemberi pinjaman yang dibenarkan atau pembiayaan sendiri

Dokumen yang diperlukan

  1. Borang KWSP 9C (AHL) dan senarai semak.
  2. Borang KWSP 3 (Pindaan) untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cop ibu jari gagal
  3. Salinan dokumen pengenalan bersama yang asal untuk tujuan pengesahan (untuk bukan pemegang MyKad sahaja)
  4. Buku bank atau salinan penyata akaun bank (bagi tujuan pengesahan)
  5. Perjanjian pembinaan bina rumah (dengan ahli, pasangan or nama bersama)
  6. Pelan lokasi tapak pembinaan rumah (jika berkenaan)

Dokumen Sokongan

Selain dokumen yang tersenari di atas anda juga perlu mengemukakan dokumen
sokongan seperti berikut.

1. Sila rujuk Senarai Semak Dokumen Pengeluaran Membina Rumah di laman web KWSP
atau pejabat KWSP untuk semua dokumen yang diperlukan.
2. KWSP berhak meminta apa-apa dokumen tambahan dan menolak permohonan yang tidak
lengkap dan tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan

Dokumen Diperlukan

Berikut adalah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk pengeluaran KWSP untuk bina
rumah.

1. Borang Pengeluaran KWSP 9C (AHL)(D5)
2. Salinan dokumen pengenalan diri (jika bukan pemegang Mykad)
3. Maklumat Akaun bank (Ahli digalakkan membawa buku akaun bank / penyata akaun bank
/ salinan akaun semasa membuat permohonan pengeluaran)
4. Borang KWSP 3 (pindaan) – jika pengecaman cap ibu jari gagal di kaunter / permohonan
melalui pos

Bayaran Dalam Malaysia

Bayaran pengeluaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank ahli dengan syarat :-

  • Ahli mempunyai akaun bank yang aktif dengan panel KWSP yang dilantik
  • Nombor pengenalan diri ahli adalah sama dengan rekod bank
  • Bayaran dibuat dalam matawang Ringgit Malaysia (RM)
  • Sekiranya bayaran tidak berjaya dikreditkan ke dalam akaun bank ahli, bayaran akan
    dibuat melalui Cek Jurubank.

Bayaran Luar Malaysia

Bayaran adalah melalui Draf Bank Asing.

Jenis matawang adalah seperti berikut :-

  • Matawang asing mengikut pilihan ahli di dalam borang permohonan dengan syarat matawang tersebut ada disenaraikan oleh KWSP bagi tujuan bayaran secara Draf Bank Asing; ATAU
  • Dalam matawang US Dollar sekiranya jenis matawang yang dipohon oleh ahli dalam
    borang permohonan tiada dalam senarai KWSP bagi tujuan bayaran secara Draf Bank Asing
× Whatsapp MGR