PENGENALAN SYARIKAT

Intelligence in Building Construction

MILLENIUM GLOTECH RESOURCES (M) SDN.BHD merupakan sebuah syarikat Kontraktor Binaan dan Perumahan bumiputera yang telah didaftarkan pada 10 MEI 2019 di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan telah berdaftar dengan Construction Industry Development Board (CIDB).

Latar belakang syarikat bermula dari penubuhan syarikat Millenium Glotech Resources pada 06 OKTOBER 2013 yang berdaftar sebagai kontraktor kelas G2. Pemilik syarikat mengorak langkah dengan memberanikan diri menceburi bidang perumahan di tahap yang lebih tinggi dan seterusnya menjadi sebuah syarikat kontraktor yang berwibawa. Dengan keazaman dan kecekalan yang tinggi, syarikat Millenium Glotech Resources (M) Sdn. Bhd. mampu bersaing dalam merealisasikan rumah impian pelanggan dengan kemahiran yang ada pada syarikat dan strategi pengurusan yang bijak dalam menghadapi tekanan daripada pesaing-pesaing. Dengan kelebihan dan keupayaan kami, kami memberi keutamaan kepada kehendak pelanggan agar dapat menyiapkan projek dalam masa yang telah ditetapkan.

Syarikat ini mempunyai kepakaran menyelesaikan masalah dalam mengurus hartanah milik sendiri supaya dapat merealisasikan rumah impian pelanggan dengan rekabentuk yang ideal dan mewah bertaraf 7 bintang. Syarikat telah mensasarkan idea ini kepada golongan yang bekerja dalam Sektor Kerajaan mahupun Swasta untuk menzahirkan teratak idaman mereka pada harga mampu milik. Dengan kepakaran ini juga, syarikat berkeupayaan untuk membina rumah dan mempertahankan kualiti kerja disamping mempunyai tenaga kerja yang berdaya saing supaya dapat mengekalkan prestasi syarikat kami untuk bertahan dalam industri ini.

Pihak MGR (M) SDN BHD menyediakan perkhidmatan pakar konsultasi berkaitan pembinaan rumah kepada mereka yang ingin mendapatkan pandangan atau rekaan yang terbaik bagi ruang dalaman dan luaran yang ingin diubahsuai. Kami akan menitikberatkan dari segi warna, konsep, kos, aplikasi kegunaan ruangan dan sebagainya. Yang paling penting, kami akan mencipta kelainan dalam setiap hiasan dalaman dan ruangan yang klien perlukan.

Nilai Teras syarikat

Great Experiences Build Great Brands

Visi Syarikat

Menjadi syarikat kontraktor yang dipercayai sebagai peneraju utama bagi pembangunan dan perkhidmatan serta melahirkan pekerja-pekerja mahir dalam mencapai kecemerlangan budaya kerja yang unggul. Memperkukuhkan kedudukan kewangan ke arah entiti perniagaan yang berdikari dan memastikan syarikat tersenarai dalam bursa saham di Malaysia.

Misi Syarikat

Menjadi sebuah syarikat pembinaan, pembekalan dan perkhidmatan yang berjaya dan terkenal yang dapat memberikan kualiti perkhidmatan terbaik dalam pengubahsuaian dan pembinaan yang tiada tandingan, mampu bergerak maju ke hadapan seiring perkembangan teknologi semasa dan mengekalkan keharmonian alam sekitar serta prihatin dalam menjalankan tanggungjawab sosial

Matlamat Syarikat

​Menjadi sebuah syarikat kontraktor binaan yang berpengalaman melalui pengunaan tenaga-tenaga mahir supaya kerja-kerja yang dijalankan menepati spesifikasi yang ditetapkan bagi mendapatkan reka bentuk kediaman yang moden dan eksklusif. -Dapat menerima anugerah dan pencapaian yang terbaik antara kontraktor di Malaysia salah satunya anugerah ISO9001.
× Whatsapp MGR