Kemasan Dinding

FAKTOR PEMILIHAN KEMASAN DINDING

1)  Keselamatan
Kemasan yang dipilih mestilah dapat menyerap bunyi, tidak licin, rata dan pastikan ianya     merupakan penebat haba yang baik.

2) Ekonomi
Kemasan yang dipilih mestilah merupakan bahan yang tidak mahal tetapi mempunyai mutu yang tinggi.

3) Mudah didapati
Kemasan tersebut mestilah mudah untuk diperolehi bagi memudahkan kerja pemasangan dilakukan

4) Kecantikan
Pemilihan rupa bentuk yang sesuai memainkan peranan penting dalam menentukan kemasan lantai dan dinding. Ini bertujuan supaya rekabentuk kemasan dapat dipilih bersesuaian dengan tempat yang hendak dipasang.

5) Ketahanan
Kemasan yang dipilih mestilah tahan lama iaitu tidak mengalami kecacatan pada permukaannya. Ia juga mestilah tahan lasak terhadap kelembapan, suhu, dan tidak mudah reput.

6) Penyerapan bunyi
Kemasan yang dipilih juga seharusnya dapat menyerap bunyi supaya dapat memberikan keselesaan kepada pemilik dan penghuni.

JENIS KEMASAN DINDING

1) Kemasan keras
Membabitkan jubin seramik, jubin batu seperti marmar dan granit, tanah liat (terracotta),
simen dan batu pasir serta panel kayu. Kemasan keras dan semula jadi sesuai bagi dinding luar kerana tahan cuaca.

2) Kemasan lembut
Meliputi cat air dan minyak, kertas dinding dan panel fabrik. Peranan dinding bukan setakat melindungi pandangan luar tetapi berfungsi pembahagi ruang dalam rumah. Dinding dalam rumah menjurus kepada kemasan serta nilai estetika berbanding di bahagian luar yang bertindak sebagai pelindung kesan cuaca seperti hujan, angin dan sinar matahari.
 

KEMASAN KERAS

1) Jubin Granit
Terdiri daripada simen Portland dan batu serpihan granit halus atau bahan keras lain, dicampur dengan air yang cukup supaya mempunyai keplastikan yan sesuai untuk diratakan di atas lapisan alas setebal 25mm hingga 38mm menjadi panel berukuran 3.6m. Batu serpihan hendaklah bergred daripada 6.4mm hingga kepada ayak no. 200 (75µm).Contoh campuran 2 simen dengan 5 granit atau 1 simen,1 pasir dan 2 batu baur.

2) Panel Kayu
Kemasan ini terdiri daripada papan jalur sama ada dipakukan pada beloti kayu yang telah sedia ada pada permukaan dinding.Papan yang digunakan mesti bertanggam lidah atau lurah ataupun lekap. Lebar papan tidak melebihi 100mm. Jenis ini boleh dikemaskan dengan sempang atau lekar. Jenis kayu yang digunakan adalah kayu keras seperti jati, cengal, dan kempas.

3) Mozek
Dibuat daripada tanah liat dan bahan campuran seperti serami,kaca dan marmar melalui proses pembakaran. Terdapat pelbagai bentuk seperti segiempat sama dan tepat dan juga segi enam. Pembinaan dilakukan dengan adunan simen 1:3 untuk meletakkan mozek didasar konkrit. Di celah-celah sambungan diletakkan simen dan pasir halus. Digunakan pada dinding dapur, tangga dan tandas.

KEMASAN LEMBUT

1) Cat
Cat merupakan medium kemasan dinding yang paling mudah dan murah. Kini terdapat pelbagai pilihan jenama cat di pasaran. Terdapat juga pelbagai jenis cat setiap satunya. Cat terdiri dari campuran bahan air dan minyak. Cat yang berasaskan air lebih kepada matte effect berbanding cat yang berasaskan minyak yang lebih licin dan berkilat. Warna dan pemilihan cat juga dapat membantu menaiktarafkan dekorasi ruang. Cat bewarna terang dapat meluaskan ruang, meninggikan siling dan menjauhkan jarak, manakala cat yang bewarna gelap akan menyempitkan ruang, merendahkan siling dan mendekatkan jarak. Namun cat yang berwarna terang lazimnya membawa mood panas dan ringan berbanding cat yang berwarna gelap lebih cenderung membawa mood sejuk, ekslusif dan tenang.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Anda perlukan bimbingan daripada kami?

Dapatkan konsultasi percuma & sebut harga di MGR