Keluarkan Duit Kwsp Untuk Beli Tanah

Boleh atau tidak?

Boleh! Dengan syarat pembelian tanah tersebut adalah untuk dibina rumah dan secara berpakej.

Sebenarnya kaedah ini ramai yang pakai bagi membina rumah secara individu tanpa melibatkan pemaju. Mereka cuma membeli tanah lot dan kemudian membina rumah di tanah lot tersebut.

Pihak kwsp juga sebenarnya membenarkan kita untuk mengeluarkan duit kwsp untuk tujuan ini. Namun seperti juga sebelum ini terdapat syarat-syarat yang kita perlu patuhi bagi memohon pengeluaran ini.

Syarat-syarat untuk memohonnya adalah seperti berikut:

  • Anda mestilah ahli kwsp yang berstatus aktif tidak kira samada warganegara malaysia atau bukan.
  • Anda belum mencapai umur 55 tahun ketika permohonan dibuat.
  • Mempunyai wang simpanan dalam akaun 2 kwsp paling kurang rm500.

Apabila semua syarat kelayakan memohon diatas telah dipenuhi beberapa dokumen perlu dibawa oleh anda ketika membuat permohonan di kaunter kwsp.

Dokumen-dokumen yang perlu dibawa adalah seperti berikut:

  1. Borang Pengeluaran KWSP 9C (AHL) (D5) (boleh download online melalui portal kwsp)
  2. Kad pengenalan diri
  3. Penyata bank(jika anda ingin wang anda dikredit terus ke akaun bank)
  4. penyata kwsp.

Syarat-syarat yang dinyatakan di atas adalah syarat umum bagi membuat pengeluaran duit kwsp. Jadi syarat ini mestilah anda penuhi. Membuat pengeluaran kwsp untuk pembelian tanah dan pembinaan rumah secara berpakej juga mempunyai dua jenis iaitu pembelian tanah dan pembinaan rumah secara berpakej melalui pinjaman kewangan dari institusi kewangan atau bank atau pun pembelian rumah dan pembinaan rumah secara berpakej tanpa membuat pinjaman dari institusi kewangan atau bank. Setiap jenis pengeluaran ini perlu membawa dokumen yang berbeza.

Bagi membuat pengeluaran untuk pembelian tanah dan pembinaan rumah secara berpakej melalui pinjaman kewangan dari bank, terdapat dokumen-dokumen tambahan yang perlu anda sediakan dan bawa ke kaunter kwsp untuk membuat permohonan.

Dokumen-dokumen tambahan yang perlu dibawa adalah seperti berikut:

  • Surat Perjanjian Bina Rumah (Tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan) DAN Surat Perjanjian Jual Beli Tanah (Tarikh perjanjian tidak melebihi melebihi 6 bulan dengan tarikh Surat Perjanjian Bina Rumah).
  • Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan (sekiranya kelulusan pinjaman kurang daripada setahun) ATAU Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan DAN Surat Perjanjian Pinjaman Perumahan / Borang Gadaian 16A / ’Deed of Assignment’ / Suratan Hakmilik atas nama ahli dan telah dicagarkan kepada pemberi pinjaman (sekiranya kelulusan pinjaman melebihi setahun).
  • Suratan Hakmilik Tanah atas nama penjual / pemilik tanah.
  • Surat Wakil Kuasa (‘Power of Attorney’) yang telah didaftarkan di Mahkamah (Sekiranya pembelian tanah dan pembinaan rumah menggunakan Surat Kuasa Wakil).
  • Pembelian bersama ahli keluarga terdekat (suami/isteri, ibu bapaibu bapa mertua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik), sekiranya pemohon bukan peminjam • Bukti Pertalian (Sijil Perkahwinan atau Sijil Kelahiran)

Bagi pengeluaran duit kwsp untuk pembelian tanah dan pembinaan rumah secara berpakej tanpa melalui pinjaman kewangan dari bank pula dokumen-dokumen yang perlu disediakan dan dibawa adalah seperti berikut:

  • Surat Perjanjian Bina Rumah (Tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan) DAN Surat Perjanjian Jual Beli Tanah (Tarikh perjanjian tidak melebihi melebihi 6 bulan dengan tarikh Surat Perjanjian Bina Rumah).
  • Suratan Hakmilik Tanah atas nama penjual / pemilik tanah.
  • Surat Wakil Kuasa (‘Power of Attorney’) yang telah didaftarkan di Mahkamah (Sekiranya pembelian tanah dan pembinaan rumah menggunakan Surat Kuasa Wakil.
  • Surat Pengesahan Pemaju mengenai belian tunai yang mengandungi maklumat butiran harta.
  • Bukti bayaran tidak kurang 20% daripada harga rumah.
  • Sijil Arkitek / Surat Permintaan Bayaran yang menunjukkan peringkat pembinaan tidak kurang daripada 20% ATAU Sijil Layak Menduduki (Certificates of Fitness – CF atau Certificates of Occupation – CO).
  • Pembelian bersama ahli keluarga terdekat (suami/isteri, ibu bapa, ibu bapa mertua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik), sekiranya pemohon bukan peminjam • Bukti Pertalian (Sijil Perkahwinan atau Sijil Kelahiran)

selepas semua dokumen ini disediakan anda perlu bawa dokumen ini ke kaunter kwsp dan pegawai kwsp akan menyemak samada anda layak atau tidak untuk memohon. Segala dokumen yang anda bawa akan disahkan benar oleh pegawai ini, maknanya anda tidak perlu membuat pengesahan dokumen dengan pihak lain kerana pegawai kwsp sendiri layak untuk menjadi pegawai pengesah dokumen untuk tujuan pengeluaran ini.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Anda perlukan bimbingan daripada kami?

Dapatkan konsultasi percuma & sebut harga di MGR