Kelebihan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

1. Kos Pembinaan Dikawal Oleh Anda Sendiri Atau Bergantung Kepada Kemampuan
Kelebihan utama bina rumah atas tanah sendiri ialah anda boleh menentukan reka bentuk rumah mengikut bajet kewangan anda. Anda boleh memilih untuk membina lot banglo, semi D dan sebagainya. Ada juga sesetengah kontraktor akan memberi cadangan rumah yang paling sesuai dengan bajet anda berikan

2. Kos Pembinaan Rumah Lebih Murah Dari Beli Rumah Siap
Sudah semestinya kos bina rumah sendiri jauh lebih murah jika dibandingkan apabila membeli rumah siap dari pemaju. Sebagai contoh, harga sebuah rumah banglo boleh mencecah jutaan ringgit berbanding dengan membina rumah atas tanah sendiri yang mana kosnya hanya menelan beratus ribu ringgit sahaja untuk sebuah lot banglo

3. Bebas Memilih Konsep Yang Anda Inginkan
Pemilihan konsep rumah merupakan satu lagi kelebihan yang tiada pada rumah yang dibeli dari pemaju . Anda boleh memilih design dan konsep yang hendak ditonjolkan pada kediaman yang anda impikan selama ini

4. Menambah Aset Kekal Atas Tanah Sendiri
Ini adalah satu kelebihan yang jelas apabila anda membina rumah atas tanah sendiri. Melalui sudut pandangan ekonomi, anda telah menambah aset kekal, kerana harga tanah dan harga rumah semakin meningkat hari demi hari.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Anda perlukan bimbingan daripada kami?

Dapatkan konsultasi percuma & sebut harga di MGR