Jenis-jenis Geran

JENIS-JENIS GERAN

GERAN TANAH

Terdapat 2 jenis Geran Tanah atau Hakmilik Tanah:
i.  Hakmilik Tetap (HT)
ii. Hakmilik Sementara (HS)

1. HAKMILIK TETAP
i. Hakmilik Tetap Pejabat Pendaftar

  • Geran Negeri iaitu tanah yang diberi milik selama-lamanya
    Geran Pajakan Negeri iaitu tanah yang diberi milik untuk satu tempoh tahun tertentu.

ii. Hakmilik Tetap Pejabat Tanah

  • Geran Mukim iaitu tanah yang diberi milik selama-lamanya.
  • Geran Pajakan Mukim iaitu tanah yang diberi milik untuk satu tempoh tahun tertentu.
  • Geran Pajakan biasanya selama 60 tahun atau 99 tahun. Selepas tempoh pajakan tamat, kerajaan negeri boleh mengambil tanah tersebut. Pemilik tanah boleh memohon untuk menyambung pajakan untuk tempoh tertentu dengan bayaran premium tanah semasa. Geran pajakan kemungkinan mempunyai sekatan-sekatan tertentu dan kemungkinan tiada sekatan.

2. HAKMILIK SEMENTARA

  • Tidak boleh dipecah sempadan.
  • Tidak boleh dipecah bahagi.
  • Tidak boleh disatukan tanah.
  • Tidak boleh dipecah bahagian bangunan jika ianya terletak di atas tanah HS.
    ** melainkan tanah telah diukur dengan sempurna dan pelan berkenaan dengannya
    telah diluluskan.
  • HS ialah untuk membolehkan tanah diberimilik sebelum diukur atau membolehkan
    hakmilik dikeluarkan sebelum pengukuran tanah apabila berlaku pecah sempadan,
    pecah bahagia dan penyatuan. HS membolehkan tuan punya tanah membuat
    pindahmilik, gadaian atau pajakan sebelum kerja ukur diselesaikan.
  • Hakmilik Sementara Bersamaan dengan Pejabat Pendaftaran – Akhirnya akan dipegang oleh Geran Negeri atau Geran Pajakan Negeri.
  • Hakmilik Sementara Bersamaan dengan Pejabat Tanah – Akhirnya akan dipegang oleh Geran Mukim atau Geran Pajakan Mukim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Anda perlukan bimbingan daripada kami?

Dapatkan konsultasi percuma & sebut harga di MGR