Sekapur Sireh Seulas Pinang

Dari Meja Pengarah Urusan

MILLENIUM GLOTECH RESOURCES (M) SDN.BHD atau di kenali sebagai MGR (M) SDN.BHD telah diasaskan oleh seorang anak muda yang mempunyai pengalaman luas sebagai seorang usahawan dalam Kejuruteraan Pembinaan. Dia kemudiannya memutuskan untuk menggunakan kepakaran dan kemahirannya dengan memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan boleh dipercayai di Malaysia. Faktor ini telah memberi keyakinan kepada para pemegang saham yang telah menyuntik dana ke dalam syarikat supaya mereka terus kekal bersama syarikat dan membawa syarikat ini ke satu tahap yang boleh dibanggakan satu hari nanti. MGR (M) SDN. BHD juga pernah memperoleh pengiktirafan iaitu perkhidmatan berkualiti tinggi dalam industri pembinaan khususnya di Negeri Kelantan. Ini telah membuktikan bahawa syarikat ini mampu untuk memacu perubahan dalam sektor pembinaan dengan keupayaan dan kemahiran yang dimiliki oleh seluruh warga kerja MGR.

MGR (M) SDN.BHD. ditubuhkan sebagai syarikat yang kompetitif di pasaran perdagangan dan perkhidmatan. Sebagai seorang yang memainkan peranan utama dalam perniagaan ini, MGR (M) SDN.BHD telah mendahului pesaing di Malaysia apabila diberi kepercayaan daripada pelanggan dan rakan seperniagaan. Perkhidmatan pembinaan utama kami termasuk rumah kediaman, bangunan awam, serta pengubahsuaian bangunan terutamanya di Kelantan dan kerja-kerja infra.

Di samping itu, perkhidmatan lain yang disediakan oleh syarikat kami adalah dari segi mereka bentuk dan konsep rumah dan bangunan yang moden dan eksklusif mengikut kehendak dan citarasa pelanggan.

Dengan pelbagai reka bentuk yang ada, kami berupaya untuk menghasilkan sebuah buku yang mana telah berjaya mengumpul pelbagai reka bentuk rumah yang mempunyai saiz dan konsep yang berbeza untuk jualan.

Dalam pada itu, perkhidmatan lain yang disediakan adalah dengan menyediakan khidmat nasihat dan konsultasi berkaitan pembinaan rumah secara percuma.

Selain itu, nasihat profesional dan perundingan hartanah juga disediakan untuk membantu para pelanggan yang tidak mempunyai pengalaman dalam ini. Bagi pihak pengasas dan pengarah urusan, Syarikat ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pelanggan.

× Whatsapp MGR