Cara Pihak Bank Kira Kelayakan Pinjaman Bagi Individu Yang Bekerja Sendiri/Berniaga

Sekadar perkongsian berkaitan cara pihak bank mengira kelayakan pinjaman bagi individu yang bekerja sendiri/berniaga jika anda ingin tahu adakah anda layak atau tidak untuk membuat pinjaman perumahan dan berapakah jumlah yang layak?

Penyata akaun semasa bank bagi perniagaan anda memainkan peranan penting. Apa yang perlu anda lakukan, dapatkan 6 bulan atau 3 bulan penyata bank anda. Lihat pada jumlah kredit (wang masuk) pada setiap bulan. Abaikan baki semasa dan juga jumlah wang keluar.

Contohnya:
Bulan 1 : RM30,000 jumlah wang masuk
Bulan 2 : RM25,000 jumlah wang masuk
Bulan 3 : RM35,000 jumlah wang masuk

Jadi, purata pendapatan anda ialah : (RM30,000 + RM25,000 + RM35,000) / 3 bulan = RM30,000 (kalau 6 bulan penyata bank, maka bagi 6 lah).

Setelah dapat purata pendapatan, darab pula dengan 20%. Contoh, RM30,000 X 20% = RM6,000. Itulah anggapan bank tentang wang gaji anda sebagai seorang yang bekerja sendiri ataupun berniaga RM6,000 sebulan.

Dari Rm6,000 itu pula, bank akan menganggap, hanya 60% sahaja yang boleh digunakan oleh anda untuk membayar segala hutang-piutang dalam hidup anda. Tak kiralah hutang rumah pertama, hutang kereta ataupun hutang kredit kad jika ada.

Jadi, 60% dari RM6,000 , ialah = RM3600. Ini bermaksud, jika anda tidak mempunyai sebarang hutang lagi, maka anda layak untuk membuat pinjaman, dimana bayaran bulanan bagi pinjaman tersebut ialah RM3600. (Iaitu pinjaman sekitar RM700,000 bagi pinjaman rumah).

Tetapi, jika anda sudah sedia ada hutang rumah, kereta, kad kredit, personal loan seperti contoh di bawah. Bayaran bulanan bagi hutang.

  1. Kereta = RM1,000
  2. Rumah = RM1,000
  3. Kad Kredit = RM600
  4. Personal Laon = RM500

———————————
Total : RM3,100
———————————

Maka, untuk membuat hutang baru, pihak bank perlu pastikan, bayaran bulanan bagi pinjaman yang anda ingin mohon itu, mestilah tidak melebihi RM500 ( RM3,600 (60% dari pendapatan) – RM3,100 (jumlah bayaran bulanan hutang sedia ada).

Kalau pinjaman rumah, boleh buat pinjaman perumahan sekitar RM100,000. Itulah serba sedikit info sebagai perkongsian untuk semua.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Anda perlukan bimbingan daripada kami?

Dapatkan konsultasi percuma & sebut harga di MGR