8 Perkara Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Melantik Kontraktor Binaan

1. MEMPUNYAI LESEN CIDB
Sebelum tuan puan berurusan dengan sesebuah kontraktor, pastikan syarikat tersebut berdaftar dengan CIDB, baru lah kontraktor tersebut layak utk membuat kerja-kerja pembinaan.

2. PENGALAMAN DALAM BIDANG PEMBINAAN
Pastikan kontraktor yang tuan puan bakal pilih mempunyai kepakaran dan pengalaman untuk kerja-kerja pembinaan.

3. MEMPUNYAI RUMAH CONTOH
Periksa samada adakah kontraktor tersebut mempunyai rumah contoh atau testimoni dari pelanggan sebenar sebelum ini. Jika tiada rumah contoh pastikan ada bukti kerja-kerja yang masih dalam pembinaan. Dari situ tuan-tuan boleh tengok hasil kerja kontraktor tersebut.

4. MEMPUNYAI PEJABAT URUSAN
pejabat kontraktor tersebut sebagai jaminan. Jika berlaku sebarang permasalahan, tuan puan boleh terus ke pejabat jika pihak kontraktor tidak menjawab panggilan.

5. MEMPUNYAI PEKERJA MAHIR DAN BERKUALITI
Pastikan kontraktor tersebut mempunyai cukup kakitangan untuk memulakan projek dan hasil kerja yg berkualiti. Dari situ baru lah projek yang bakal bermula boleh siap mengikut tarikh siap dan hasil kerja yang kemas.

6. DESIGN RUMAH DAN SPESIFIKASI BARANG
Pastikan sebelum memulakan kerja-kerja pembinaan. Tuan puan sudah pun diberitahu tentang spesifikasi rumah yang bakal dibina serta bahan binaan yang akan digunakan supaya tidak ada salah faham bila projek bermula.

7. JAMINAN SETELAH SIAP
Pastikan ada jaminan setelah rumah siap sekurang-kurangnyanya 6 bulan bagi memastikan kontraktor tersebut bertanggungjawab di atas apa yang telah mereka lakukan.

8. AGREEMENT DI ANTARA KONTRAKTOR DAN PELANGGAN
WAJIB tandatangan persetujuan sebelum mula kerja untuk memastikan tiada unsur-unsur penipuan dan persetujuan tersebut merupakan jaminan terbesar untuk keselamatan bagi pihak pelanggan.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Anda perlukan bimbingan daripada kami?

Dapatkan konsultasi percuma & sebut harga di MGR