6 Syarat Penting Yang Wajib Anda Semak Sebelum Membina Rumah Atas Tanah Sendiri

1. Pastikan GERAN TANAH Atas Nama Sendiri
Anda memerlukan bukti hitam putih bahawa tanah tersebut adalah milik anda. Sebagai contoh, semasa arwah nenek anda masih hidup dia ada menyatakan bahawa sekiranya dia meninggal, andalah tuan tanah itu, namun sekiranya tiada bukti dokumen, tanah itu bukanlah milik anda dan anda tidak boleh sama sekali membina rumah atas tanah tersebut

2. STATUS TANAH Atau Syarat Tanah Mestilah Berstatus KEDIAMAN
Status tanah juga adalah perkara penting yang anda perlu pastikan terlebih dahulu. Jika tanah itu merupakan tanah pertanian atau lain-lain, anda perlulah menukar status tanah tersebut terlebih dahulu supaya urusan membina rumah berjalan lancar

3. KELUASAN TANAH Yang Sesuai
Perkara ini kadang-kadang ada yang terlepas pandang. Namun tahukah anda antara salah satu syarat wajib untuk membina rumah atas tanah sendiri termasuklah memastikan tanah tersebut berkeluasan melebihi 450 mp. Jika kurang daripada keluasan ini, kita tidak boleh membina rumah diatas tanah tersebut

4. Pastikan Tanah Tersebut TIADA SEKATAN
Sebagai pemilik tanah, anda kena semak tanah tersebut terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk membina rumah diatas tanah tersebut. Sekiranya tanah tersebut mempunyai sebarang sekatan seperti sekatan kaveat dan sebagainya rumah yang dibina tidak sah disisi undang-undang

5. BATU SEMPADAN
Semak dengan pihak yang berwajib mengenai sempadan tanah anda. Kita tidak boleh membina rumah sembarangan tanpa tahu sempadan tanah kita. Pastikan dahulu rumah anda berada dalam lot anda sahaja. Sekiranya anda kurang pasti atau masih tidak tahu, anda perlu memanggil juruukur untuk mengukur semula sempadan tanah anda

6. TANAH KOSONG
Anda perlu elakkan membina rumah di tanah yang masih belum dikosongkan kerana ianya sudah tentu akan meningkatkan kos pembinaan. Ini kerana anda perlu mencuci dan mengosongkan dahulu tanah tersebut sebelum kerja-kerja pembinaan dijalankan. Dan anda perlu menanggung kos mencuci kawasan tersebut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Anda perlukan bimbingan daripada kami?

Dapatkan konsultasi percuma & sebut harga di MGR