6 Point Bina Rumah Dengan Loan Bank

Kali ini #teamMGR nak kongsikan kepada anda semua 6 point penting untuk anda senang lulus pinjaman perumahan dengan pihak bank. Walaupun di peringkat awal proses pinjaman dengan pihak bank agak rumit berbanding pinjaman kerajaan, tapi anda tak perlu risau. Follow sahaja tips-tips yang kami #teamMGR nak kongsikan kepada anda.

Menurut sumber yang dikongsikan dari laman web iproperty.com, sejak negara dilanda pandemik wabak Covid-19, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) untuk kali keempat pada 2020. Sejak Julai 2020, kadar OPR telah turun kepada 1.75% dan ini adalah paling rendah sejak 2004.

Jadi, apa yang terjadi bila kadar OPR direndahkan? 

  1. Kadar Asas (BR)/ Kadar Pinjaman Asas (BLR) akan berubah mengikut naik atau turun OPR
  2. Pinjaman perumahan akan menjadi lebih mudah

Apakah Kadar Asas (BR)?

Kadar Asas (BR) adalah kadar faedah yang ditentukan oleh pihak bank sendiri yang mana formulanya adalah ditetapkan oleh BNM. Kadar ini adalah sistem baru yang diwujudkan sejak 2015. Kadar faedah antara bank A dan bank B akan berbeza-beza mengikut kadar BR/BLR ini.

Sumber: https://www.iproperty.com.my/guides/bnm-menurunkan-opr-ke-1-75-coronavirus-apakah-kesannya-kepada-pinjaman-perumahan-anda-ctr/

Jadi, antara point-point yang kami ingin kongsikan adalah :

#Point_1 : Bandingkan Kadar Interest

Berdasarkan BR tersebut, pihak bank akan sentiasa menilai kadar faedah yang akan dikenakan ke atas pemohon pinjaman. Jadi pilihlah bank yang menawarkan kadar interest yang lebih rendah. Banyak yang anda boleh jimat walaupun perbezaan kadar peratus interest yang ditawarkan agak kecil. Contohnya beza 1% antara bank A dan bank B sudah membolehkan anda jimat sehingga beribu-ribu ringgit.

#Point_2 : Tahu Kategori Pinjaman Perumahan

Di negara kita ada 3 kategori pembiayaan pinjaman iaitu pinjaman asas, semi-fleksibel, dan fleksi. Ketiga-tiga pembiayaan ini adalah berbeza dari segi proses pembayaran semula dan kadar faedah.

  • Pinjaman asas (Term loans) adalah pinjaman yang mempunyai jadual pembayaran semula tetap, dan biasanya tidak membenarkan anda mengurangkan kadar faedah dengan lebihan bayaran. Selain itu anda juga tidak dibenarkan untuk menarik semula pembayaran tambahan yang telah dibuat.
  • Pinjaman Semi-Fleksi adalah pinjaman yang membolehkan anda membuat lebihan bayaran pada bila-bila masa yang anda mahu untuk mengurangkan jumlah faedah yang dikenakan. Anda juga boleh meminta semula jumlah tambahan yang telah dibayar dengan tambahan membayar yuran proses.
  • Pinjaman Fleksi adalah serupa dengan pinjaman semi-fleksi, cumanya pinjaman ini dihubungkan dengan akaun semasa anda, dan jumlah pembayaran semula akan ditolak secara automatik setiap bulan. Anda akan dapat mengeluarkannya semula lebihan bayaran bila-bila saja anda mahu.

#Point_3 : Tahu Margin of Finance (MOF)

Penting untuk anda survey terlebih dahulu margin yang diluluskan oleh bank-bank yang akan anda mohon supaya senang untuk anda membuat kiraan bajet berapa kos yang perlu anda sediakan untuk pembiayaan rumah itu nanti.

Pengiraan margin ini sebenarnya bergantung kepada keadaan kewangan dan kelayakan serta tahap keupayaan pembayaran balik bulanan. Pihak bank biasanya akan meluluskan sehingga 90% sahaja untuk pembiayaan rumah pertama dan kedua, manakala 70% bagi rumah ketiga. Baki selebihnya itu perlu disediakan oleh pemohon sebagai down payment.

Selain itu,  pihak bank juga akan mengehadkan margin pinjaman itu berdasarkan jenis permohonan pinjaman. Tujuan pembelian rumah sama ada untuk pelaburan atau duduk sendiri, bilangan rumah sedia ada juga akan mempengaruhi keadaan margin pinjaman pemohon.

Untuk mengetahui anggaran kadar pinjaman yang boleh anda mohon di bank, anda boleh visit laman web ini https://loanstreet.com.my/ms/pinjaman-perumahan.

#Point_4 : Jaga CCRIS dan CTOS 

Central Credit Reference Information System (CCRIS) ialah satu sistem yang dikendalikan oleh BNM yang mana sistem ini akan merekod, menyimpan, memproses dan mengeluarkan maklumat kredit seseorang. Rekod CCRIS ini biasanya akan disimpan selama setahun (12 bulan).

Credit Tip-Off Sdn Bhd (CTOS) pula ialah rekod yang dikendalikan oleh syarikat swasta. Rekod ini disimpan dan biasanya rekod ini lebih kepada kewangan perniagaan dan kerjaya kita.

Jika anda tidak mempunyai rekod CCRIS, tidak bermakna pihak bank akan terus reject permohonan anda, tetapi mungkin anda akan dikenakan kadar keuntungan yang lebih tinggi.

Anda boleh visit laman web https://www.dawaibesi.com/2018/03/pinjaman-perumahan-kerajaan-bank.html untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara untuk menjaga rekod CCRIS dan CTOS.

#Point_5 : Debt Service Ratio (DSR) Yang Rendah 

Kadar DSR biasanya tidak boleh lebih dari 60-70%. Pemohon yang mempunyai kadar DSR yang rendah akan lebih mudah lulus berbanding mereka yang mempunyai kadar DSR yang tinggi. Ini kerana pihak bank akan menilai keupayaan anda untuk membayar balik jumlah pinjaman dalam tempoh yang ditetapkan.

#Point_6 : Sediakan Profail Kewangan Yang Lengkap

Anda haruslah menyediakan profail dan dokumen kewangan yang lengkap. Pihak bank berhak menolak permohonan anda sekiranya dokumen tidak lengkap.

Senarai profail kewangan yang perlu anda sediakan:

  1. Borang permohonan pinjaman
  2. Salinan kad pengenalan pemohon
  3. Salinan perjanjian sewa beli (Sales & Purchase Agreement atau SPA)
  4. Salinan slip gaji untuk 3 bulan terkini
  5. Salinan slip bayaran komisen untuk 6 bulan jika ada
  6. Salinan penyata KWSP yang terkini
  7. Salinan borang EA yang terkini
  8. Salinan penyata akaun simpanan untuk 6 bulan terkini
  9. Surat pengesahan tawaran bekerja dan pembayaran gaji
  10. Simpanan ASB/Tabung Haji
  11. Cukai/Zakat
  12. Dokumentasi pendapatan (gaji, elaun, komisen, pendapatan sampingan, pelaburan, simpanan)
  13. Komitmen/hutang (pembiayaan peribadi/kereta/kad kredit/koperasi dan lain lain)
  14. Dokumen sokongan yang berkaitan

Kami di MGR SDN BHD berbesar hati membantu pihak anda dalam urusan permohonan pinjaman perumahan ini dan semoga dengan adanya 6 panduan ini akan memudahkan proses kelulusan pinjaman bank anda nanti.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Anda perlukan bimbingan daripada kami?

Dapatkan konsultasi percuma & sebut harga di MGR