5 Keperluan “WAJIB” Bina Rumah Idaman Anda

Kalau anda masih dalam perancangan untuk membina rumah idaman anda, ada beberapa perkara yg anda perlu tahu sebab perkara ni antara kos yang terlepas pandang semasa dalam pembinaan rumah. Kebiasaannya kos-kos ni tak ditanggung oleh kontraktor, kecuali sekiranya mereka dah beritahu awal-awal. Ini antara kos yang biasa terlepas pandang antaranya:

1. PELAN RUMAH
Pelan rumah kebiasaannya bergantung pada saiz rumah tersebut walaupon anda memilih pelan yg sudah siap, wang masih perlu dibayar bagi mendapatkan cop arkitek (hanya pelan dicop arkitek diluluskan oleh Majlis Daerah kelak). Kebiasaannya cajnya adalah sekitar RM 1.00-2.00 sekaki persegi termasuk cop arkitek.

2. PELAN BESI (RC PELAN)
Ada sesetengah kontraktor sudah pakejkan sekali dalam harga pelan rumah (kebiasaan begitu). Pelan besi ini juga perlu dibayar bagi mendapatkan cop jurutera awam berdaftar. Harganya adalah sekitar RM 0.50 sekaki persegi termasuk cop jurutera.

3. MAJLIS DAERAH
Bila pelan dah siap dan dicop arkitek, maka pelan ini perlu dihantar ke Majlis Daerah tersebut. Kos Majlis Daerah adalah sangat subjektif kepada kawasan, keluasan rumah, ruang akses jalan & lain-lain faktor.

4. YURAN GUAMAN
Yuran guaman pula bergantung pada harga & nilai pinjaman anda. Lagi mahal harga rumah dan nilai pinjaman yg diperolehi, maka lagi tinggi caj guaman.

5. YURAN PENILAI (UNTUK LOAN BANK SAHAJA)
Bergantung pada pakej pinjaman bank. Kebiasaannya, yuran nilaian oleh penilai swasta tidak ditanggung dalam pakej pinjaman. Ini bermaksud, pembeli perlu membayar yuran yg dikenakan oleh penilai.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Anda perlukan bimbingan daripada kami?

Dapatkan konsultasi percuma & sebut harga di MGR