12 Panduan Beli Tanah

1. Jangan terburu-buru untuk membeli tanah, pelajari dan bandingkan harga tanah tersebut dengan harga tanah yang lain.

2. Jangan membeli tanah daripada orang tengah kerana biasanya mereka meletak harga yang tinggi. Kalau boleh carilah tuan tanah sendiri yang ingin menjual tanah kerana harganya pasti lebih murah.

3. Elakkan menggunakan ejen hartanah tidak berlesen (haram)

4. Cari tanah dengan posisi yang strategik seperti dekat dengan sekolah atau pasar dan di tepi jalan besar.

5. Semak dahulu geran dan tengok lokasi tanah. Pastikan no PT, Lot dan lain-lain perkara pada geran sama dengan lokasi tanah.

6. Periksa kelengkapan geran tanah tersebut adakah ia milik perseorangan atau milik berkumpulan. Jika penama terlalu ramai, maka prosesnya mungkin rumit sedikit.

7. Semak geran yang original, pastikan tanah yang anda lihat itu sama kedudukan atau lokasi didalam geran. Kemudian semaklah pula nama pemilik tanah dan no kad pengenalan tuan tanah. Pada masa ini tanyalah apa sahaja berkaitan tanah tersebut, pastinya orang yang anda jumpa itu dapat menjawabnya.

8. Periksa dengan pejabat tanah masing-masing adakah penama dan tanah tersebut benar-benar wujud agar kita tidak tertipu.

9. Jika menggunakan agen pastikan anda minta nombor telefon tuan tanah dan lebih baik berjumpa dengan tuan tanah.

10. Semak kad pengenalan tuan tanah dan pastikan ianya sama seperti dalam geran.

11. Pilih tanah yang tidak mempunyai apa-apa sekatan. Perkataan ini biasanya tertulis pada geran. Jika ada sekatan, prosedurnya akan menjadi rumit. Jadi kalau ada sekatan, tolong tolak awal-awal agar ia tidak menyusahkan kita dan akan melambatkan proses pembinaan rumah.

12. Buat perjanjian jual beli dan pastikan matikan setem untuk menjaga kedua-dua pihak. Anda tak perlu ke pejabat lawyer cukup sekadar tulisan tangan (lebih baik taip) dan kedua-dua pihak memahami dan setuju terma dan syarat.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Anda perlukan bimbingan daripada kami?

Dapatkan konsultasi percuma & sebut harga di MGR